PERKAKASAN
Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:
1 Fail pelayan
2 Stesen kerja
3 Kad antara muka
4 Concentrators / Hab
5 Pengulang (repeaters)
6 Jambatan (Bridges)
7 Router
Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:
1 Fail pelayan
2 Stesen kerja
3 Kad antara muka
4 Concentrators / Hab
5 Pengulang (repeaters)
6 Jambatan (Bridges)
7 Router
Namun, pada kali ini, hanya tiga jenis perkakasan akan diterangkan terlebih dahulu iaitu fail pelayan(file server), stesen kerja(work station), dan kad antara muka(network interface card,NIC).
FAIL PELAYAN (File Server)
| File Server |
Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi.
Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat di antara nod di dalam rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program pemprosesan maklumat, menerima fail data dari satu stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej
e-mel pada masa yang masa. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.

Fail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:
· mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium, Power PC)
· cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 Gigabait
· satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menyimpan data selepas penggunakan disket
· satu unit fail sandaran
· beberapa slot perluasan
· Kad antara muka yang pantas
· Sekurang-kurangnya 32 MB RAM
| Stesen kerja(workstation |
STESEN KERJA (Workstation)
Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.
KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN (NIC)

Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer. Beberapa komputer seperti Mac Classics menggunakan kotak luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau port SCSI. Komputer laptop biasanya menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA.
Kad antara muka rangkaian turut mempengaruhi kepantasan dan kebolehan sesebuah rangkaian.Adalah lebih baik menggunakan kad antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan. Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah kad Ethernet, penyambung LocalTalk dan kad Gelang Token.

No comments:
Post a Comment