Thursday, 5 April 2012

PENERANGAN RINGKAS BAGAIMANA BERLAKUNYA PERHUBUNGAN ANTARA KOMPUTER





Berikut adalah video yang menunjukkan maklumat ringkas bagaimana dua komputer boleh berhubung melalui perantaraan Router...
Maklumat yang dihantar pula dihantar melalui kabel sebagai medium penghantaran maklumat.
Maka, proses interaksi antara komputer dapat berlaku melalui perantaraan peralatan rangkaian internet.
  

Sama-sama kita saksikan.. : )
Share our knowlwdge, increase our wisdom..

PERKAKASAN SISTEM RANGKAIAN INTERNET(sambungan)


PERKAKASAN

Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:
1    Fail pelayan
2    Stesen kerja
3    Kad antara muka
4    Concentrators / Hab
5    Pengulang (repeaters)
6    Jambatan (Bridges)
7    Router

Kali ini, empat jenis perkakasan akan diterangkan sebagai sambungan dari penerangan tentang perkakasan rangkaian internet. Perkakasan tersebut adalah Concentrators / Hab, Pengulang (repeaters) , Jambatan (Bridges) , dan Router.


CONCENTRATORS / HUB

            

Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal. Di dalam topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan dari setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hab adalah concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya. Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. Kebanyakan concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.
Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators biasanya:
1 Berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port
2 Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang Cecincin
3 Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar
4 Juga dipanggil hab
5 Biasanya dimasukkan (install) di dalam rak besi yang turut memuatkan    netmodem, jambatan dan router


PENGULANG (REPEATER)
 Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. Pengulang boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.
Satu conoth penggunaan pengulang baik ialah pada LAN yang menggunakan Topologi Bintang melalui kabel tidak berlapik pasangan berpintal. Had panjang yang dibenarkan ialah 100 meter. Konfigurasi yang paling lazim ialah penyambungan setiap stesen kerja melalui kabel pasang berpintal kepada concentrator port pelbagai aktif. Concentrator memberi tenaga kepada semua isyarat yang melaluinya dan membenarkan had jumlah panjang kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.


JAMBATAN (BRIDGES)
Sebuah jambatan atau penghubung  berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.
Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta.Kebanyak jambatan berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Jambatan turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah.
Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan.


ROUTER
Router

Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Ia boleh disamakan dengan jambatan yang bijak. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas.
Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui jalan pintas sehingga laluan kembali normal.
Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan dengan Internet, router merupakan jalan penyelesaiannya. Di dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara maklumat di dalam LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet.
Router berupaya untuk:
1 Mengarahkan isyarat trafik dengan berkesan
2 Mengarahkan mesej di antara dua protokol
3 Mengarahkan mesej di antara rangkaian bas, bintang dan bintang cecincin
4 Mengarahkan mesej merentasi kabel fiber optik, koaksial dan kabel pasangan
    berpintal