TELEFON DAN ANDA
Lihat sekeliling anda..........
| Keperluan dan tuntutan semasa |
| Hello....siapa disana tu? |
Dapatkah anda saksikan bahawa telefon telah menjadi sebagai daripada keperluan dan pelengkap hidup masa kini.
Kepentingan telefon sebagai alat perhubungan pada masa kini memang tidak dapat dinafikan lagi.
Malah telefon kini telah menjadi kemestian untuk dimiliki. Hal ini jelas menunjukkan bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu berhubung atau berkomunikasi. Maka, telefon telah dicipta sebagai medium komunikasi. Penciptaan telefon telah melalui beberapa zaman dan telah berevolusi dengan pesatnya. Daripada hanya sebagai alat yang mampu memindahkan suara, kini pelbagai aplikasi baru telah dimuatkan di dalam telefon seperti panggilan video dan aplikasi jaringan internet. Maka tidak hairanlah telefon menjadi satu kemestian pada masa kini.
Berikut adalah rentetan sejarah telefon sebagai alat perhubungan manusia :
~Mungkin anda tidak tahu bahawa Antonio Meucci (18808 -1889 ) dari Italia adalah orang yang mereka cipta telefon pada tahun 1849 dan Alexander Graham Bell sebenarnya bekerja dengan Meucci . Kemudian beliau telah mereka cipta balik pada tahun 1876 dan mengakui sebagai pencipta telefon .
- 1849 Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.
- 1854 Charles Bourseul menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.
- 1854 Meucci mendemonstrasi telefon elektrik di New York.
- 1860 Johann Philipp Reis
- 1860 Meucci dijangka (ketika itu) mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island.
- 1861 Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat Telefon ciptaan Reis.
- 1871 Meeucci memfailkan satu paten caveat.
- 1872 Elisha Gray menubuhkan Western Electric Manufactering Company.
- July 1873 Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana tekanannya.
| PDA |
| iPhone4s |
Yang pasti, kemajuan ini tidak akan berhenti disini. Segala penambahbaikan sentiasa dilakukan untuk kemudahan kita bersama. Semoga segala kemajuaan ini dapat kita gunakan dengan bijaknya untuk kesejahteraan sejagat.