Wednesday, 7 March 2012

TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG~~KITA KONGSI BERSAMA

ASSALAMUALAIKUM~~~

Ramai yang inginkan kejayaan,
Ramai yang bencikan kegagalan,
Ramai yang dambakan kegemilangan,
Tetapi berapa banyak kadar usahanya?...

Disini ingin saya berkongsi dengan anda semua tips-tips menjadi pelajar yang cemerlang.
Sebenarnya terdapat banyak tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang, namun jika perkara asas tidak dikuasai, sebanyak mana pun tips yang diberi tetap tidak memberikan sebarang kesan.
Perkara asas adalah terletak pada diri kita sendiri.
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah, kita kongsi bersama untuk kecemerlangn umat sejagat.

Pelajar cemerlang akan:

1.Tidak tinggal solat dan berdoa kepada Tuhan
2. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
3. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-3.1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-3.2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3.3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-3.4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-3.5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
4. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
5. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
6. Belajar dalam persekitaran kondusif.
7. Pastikan cahaya adalah terang
8. Kurangkan gangguan bunyi
9. Tmpal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
10. Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
11. Kerusi dan meja menghadap kiblat
12. Jangan lupa untuk senyum
13. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.


Mulakan dengan perkara asas seperti diatas dahulu, dengan izin Tuhan dan hidayahNya semoga kita semua peroleh kejayaan yang diberkati.

No comments:

Post a Comment